Ahad, 19 Oktober 2008

Radix Palsu

Kelmarin saya dan isteri ke Pusat Jualan Bang Zan/Kak Arah di Desa Kamila.Pak Lang yang bertugas dengan bersemangat cerita kat kami pasai kopi radix palsu.Katanya,bukan setakat kopi dan bungkusannya yang diciplak,tapi van pon turut dicat sebijik macam van radix HPA.

Ala...benda tiru ni mana boleh sama 100%.Di bawah ni ada beberapa perbezaan yang dikesan.

1. Warna merah pada bungkusan kopi palsu agak pudar.

2. Saiznya agak memanjang berbanding bungkusan Kopi Radix asli yang lebar.

3. Logo HPA pada kopi radix palsu agak cerah dan pudar sedangkan pada Radix asli gelap danterang.

4. Logo buatan Malaysia yang terdapat di belakang radix palsu agak kecil dibandingkan denganKopi Radix asli HPA.

5. Rasanya tawar dan tidak mempunyai aroma herba HPA.

Ok...harap sapa-sapa yang ada maklumat tentang Radix palsu ni minta salurkan pada HPA.Sama-sama kita banteras.

Tiada ulasan: